memories

Friday, July 30, 2010

Dikau telah pergi..!!

Sedih 1000kali sedih..sape y x sedih?? pastika ada sedih..huhu, sumer org sedih espicially bdax clss aq..nak tau knape aQ sedih???? emm..bgini..ustazah kesayangan 3 irsyad, Ustzah Hajah Azizah telah mejalani tugas beliau di tempat baru. Beliau ni memg sporting, penyayng, baik, caring..disebbka aspek i ler..kiteorg sayng kat ustazah..emmm..skang mak lagam da x de Pk Petadbiran..kiteorg jgak khilangan seorg guru pai utuk kelas kiteorg n skola..n den dtg yang baru..insyaAllah diyer akan memikul tanggungjawab yg baru kat Tesmal.

Meh r aQ nak citer skang tentg ustazah..mcm ieyh, x de ustazah, xde la pentadbiran yang sistematik.cehh..!!! pandai lak aQ..besenye an klo lam class or waktu p&p kat class aq..ustzah slalu bagi nachat..time ade masalah ker ustazah pasti ade jalan penyelesaian..aQ xleh lupe r..cara ustazah senyum, pakai tudung, cara berjalan..pasti akan ku ingat..

Malas da r..aq ak tulis..emm..papepun kesimpulanyya ialah kami warga #irsyad aka setiasa merindui ustazah. n minx tolong doakan kami agarmencapai impian Tesmal untuk mejadi sekolah yang cemerlag untuk Pmr n Spm 2010..doakan juga impian kami untuk menjadi pelajar ulul albab di tesmal...hik3..amin..

that`s all..wassalam

Thursday, July 29, 2010

..Kisah seorang anak..

..Kisah seorang anak..


Emeer Ikhwan,seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya, Tengku Tajuddin Iman merupakan seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Emeer bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu bakal menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu, ternyata Emeer Ikhwan, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Pada waktu itu, hatinya berbunga keriangan kerana dia pasti bahawa kereta sport berwarna merah sedang menunggunya.

Satu hari, Tengku Tajuddin Iman atau lebih mesra dipanggil walid oleh anaknya, memanggil Emeer ke bilik bacaannya. Wald memuji anaknya sambil menyatakan betapa banggnya hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan anak yang cukup cemerlang. Emeer tersenyum puas di ruang matanya hanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Tengku Tajuddin bagaikan mengerti kehendak Emeer itu, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Emeer terkesima sungguh bukan ini yang dipintanya dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hati Emeer.

Dalam pada itu,Emeer masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka. Lantas Emeer berkata
'Walid,apa makna semua ini??? sebuah Al-Quran kecil saja???'
Al-Quran comel dengan cover kulit,tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan.Emeer memandang wajah Tengku Tajuddin. Dia merasakan bahawa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak.

'Walid!! Walid sengaja mempermainkan Emeer kan??? Walid bukannya tidak tahu yang Emeer menyukai kereta sport itu. Bukannya Walid tidak mampu untuk membelinya,kan?? Sudah walid!!!! bukan Al-Quran yang Emeer pinta..Ahhh!!! Emeer benci Walid. Mulai hari ini,Emeer bukan lagi anak Walid. Walid memang orang tua, tak sedar diri,nak mampus. Emeer takkan pulang ke sini lagi. Ingat tu Walid..!!'kata Emeer dengan kasar.

Al Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Emeer terus meninggalkan Walidnya tanpa memberi walau sesaat pun untuk Tengku Tajuddin bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam bagasi yang besar. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Emeer berazam ingin memulakan kehidupan yang baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

10 tahun berlalu, Tengku Emeer Ikhwan Tengku Tajuddin Iman, kini merupakan seorang yang berharta. Dia kini mempunyai syarikat sendiri iaitu Emeer Sdn.Bhd. Dia juga telah berkahwin dengan seorang gadis yang berketurunan raja iaitu Raja Ika Balqis.Isterinya sungguh cantik bak bidadari dan telah dikurniakan 3 cahaya mata. Cahaya mata diberi nama Putera Zhafri Iskandar, Puteri Alisha Balqis, dan Putera Zhafran Mukhriz. Hidupnya kini membahagiakan namun hatinya tersentuh.

Sudah 10 tahun,sejak peristiwa itu Emeer tidak dapat menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri,telefonnya berdering lagu 'Di Pondok Kecil' nynyian Bazli UNIC feat Ae-man. Panggilan ini dibuat daripada peguam ayahnya, Encik Dzikri Alif Osman. Beliau memberitahu bahawa Tengku Tajuddin Iman telah meninggal dunia semalam dengan memegang surat wasiat yang disediakan untuk diberi kepada anak kesayangannya, Tengku Emeer Ikhwan Tengku Tajuddin Iman. Arwah telah mewariskan semua hartanya kepada Emeer lalu Emeer diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.

Buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa. Emeer pulang ke banglo Arwah walidnya. Dia memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya. Al-Quran yang dihempasnya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setia hati walidnya mengharpkan kepulangan putera kesayangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ. Emeer mengambil Al-Qoran itu. Emeer membelek-belek dengan penuh keharuan. Tiba-tiba,terjatuh sesuatu dari Al-quran itu iaitu segugus kunci. Di muka belakang Al-Quran itu, sebuah sampul surat ternyata disotepkan disitu. Kunci itu segera dipungut.hatinya Emeer tertanya-tanya. Nyata sekali di dalam sampul surat itu, terdapat resit pembelian kereta idamanya yang telah dibeli pada hari konvokesyennya.

Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh Tengku Tajuddin Iman. Sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini.

..Hadiah Teristimewa untuk putera Kesayanganku..
Tiba-tiba air mata Emeer menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat. Emeer menangis sambil berdoa.
' Walid, maafkan Emeer. Emeer berdosa kepada walid. Ampunkan Emeer,walid..ampunkan Emeer....


Puisi untuk ayah

Sedalam laut, seluas langit
cinta selalu tak bisa diukur
begitulah ayah mengurai waktu
meneteskan keringat dan rindunya
untukku

Ayah pergi sangat pagi
kadang sampai pagi lagi
tapi saat pulang
ia tak lupa menjinjing pelangi
lalu dengan sabar
menguraikan warnanya
satu persatu padaku
dengan mata berbinar

Waktu memang tak akrab
denganku dan ayah
tapi di dalam buku gambarku
tak pernah ada duka atau badai
hanya sederet sketsa
tentang aku, ayah dan tawa
yang selalu bersama

Saturday, July 24, 2010

kenangan terindah di KOSPINT..

Pade 17-07-2010..aq n friends ade program hijrah ilmu kat Imtiaz K.Terengganu or better known as KOSPINT..beswt giler..mule2..x selesa ngan persekitaran pastu lame2 tuh..kwan2 ade..

Ukhwah fillah..tu r yg sering diorg gtau..ramai ngat kawan2 yg aq kenal..althought, dapt kenal lam mase 5 ary jerp..tp tu r..diorg baik sgat..pelbagai kenangan terindah aQ n kangkawan kat sane..walopon ketiadaan air, x semestinya itu menyusahkan..YA Allah memg best duk sane..x tau nak kte ape..cikgu2 kat sane pom baik..x penah agi aQ jumpe kwan2 cam dorg kat my skol..but it's ok..masing2 ade kelemahan n kelebihan..aQ redha..

Pada 23 aribulan..kiteorg ditakdirkan balik kie TESMAL..sedey ngat..coz x puas agi duk sne..da la kiteorg x sempat jumpe ngan dieorg coz dieorg ade exam..last paper ic PAi..aQ g sane la baru aQ dapat dampingkan diri aQ ngan Al-Quran..zikir2..mengenalilebih dalam tentang Quran or pengalaman duk kat skola agama...

aQ x kan dapat lupakan dieorg..aQ doakan agar kiteorg dapt 9A in Pmr. Amin...Geng Nuclear,, korg kene ingat korang tetap lam aty aq...arrr...tatkala ini, airmate ku sedang bercucuran jatuh...miss u all...nak jumpe ngan korang 6t..insyaALLAH..thanks..

That's all........